Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Radio Gives Back berjaya kumpul lebih $50,000

Lebih S$50,000 dikumpulkan oleh stesen-stesen radio Mediacorp dalam tempoh dua hari, untuk membeli lebih 10,500 kampit beras.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Feb 2018 07:59PM Dikemas Kini : 10 Feb 2018 08:48PM

SINGAPURA: Lebih S$50,000 dikumpulkan oleh stesen-stesen radio Mediacorp dalam tempoh dua hari, untuk membeli lebih 10,500 kampit beras.

Inisiatif tersebut membuka tirai kerja-kerja amal yang akan dijalankan oleh stesen-stesen radio tersebut sepanjang tahun ini.

Hari ini (10 Feb), para sukarelawan mengagihkan sebanyak 800 kampit beras kepada keluarga-keluarga memerlukan di Pusat Hubungan Kejiranan Sunlove di Marsiling.

Baki beras akan didermakan kepada Willing Hearts, iaitu sebuah pertubuhan amal yang mengendalikan dapur umum untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Radio adalah tentang berada dalam kalangan masyarakat dan bersama masyarakat. Inisiatif Radio Gives Back Mediacorp sudah membantu mengumpulkan lebih S$800,000 dan membantu sekitar 100,000 keluarga sejak 10 tahun lalu," kata Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp, Debra Soon.

Namun beliau menambah, ia bukanlah tentang jumlah orang yang sudah dibantu atau jumlah wang yang sudah dikumpulkan.

"Ia adalah tentang menjalin kerjasama dan meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu (yang ada) dan membantu mengetengahkan perkara-perkara yang perlu kita ketahui," tambah Cik Soon.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan