Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat selidik keselamatan maritim dilancar; pastikan perairan lebih selamat

Sebuah Pusat Cemerlang bagi Penyelidikan Keselamatan Maritim atau CEMS dilancarkan pagi tadi (20 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2018 06:42PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 09:07PM

SINGAPURA: Sebuah Pusat Cemerlang bagi Penyelidikan Keselamatan Maritim atau CEMS dilancarkan pagi tadi (20 Jun).

Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan Dr Lam Pin Min mengumumkan demikian di Sidang Antarabangsa Safety@Sea hari ini.

Bagi memastikan kawasan perairan negara lebih selamat, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) juga akan mempertingkat sistem pengesanan kapal tahun ini.

Selain itu, ia akan membangunkan teknologi digital bagi pertukaran data yang canggih untuk meramal kawasan-kawasan yang lebih sesak dengan kapal serta risiko pelanggaran antara kapal.

Sejak peningkatan pada aspek keselamatan itu dilaksanakan, jumlah kemalangan besar merosot sepanjang 10 tahun lalu merosot dari 1 kepada 0.3 kejadian bagi setiap 100,000 pergerakan kapal tahun lalu.  

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan