Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat sehenti SAF mampu singkatkan masa persiapan operasi

Pusat Kerahan dan Peralatan Sehenti MINDEF di Kem Selarang, akan mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan unit-unit bagi operasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jan 2018 07:25PM Dikemas Kini : 27 Jan 2018 09:20PM

SINGAPURA: Pusat Kerahan dan Peralatan Sehenti MINDEF di Kem Selarang, akan mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan unit-unit bagi operasi.

Menurut Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, kalau dulu ia melibatkan masa berjam-jam, sekarang ia boleh selesai dengan segera.

Ini diuji dalam satu latihan kerahan terbesar sejak 1985, melibatkan kira-kira 8,000 anggota aktif dan kerahan SAF.

Pusat sehenti ini mempersiapkan para anggota SAF dengan peralatan yang diperlukan di bawah satu bumbung.

Ia dilengkapi kaunter-kaunter layan diri sekali gus mengurangkan masa proses daripada satu minit kepada kira-kira 20 saat.

Proses mendapatkan peralatan itu dipertingkat dengan bekalan peluru dihantar terus ke kem ini.

Proses kemaskini ini mengurangkan masa persiapan dan tenaga manusia logistik yang diperlukan untuk menyiapkan unit-unit bagi operasi.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen hadir untuk menyaksikan kesediaan operasi pihak tentera diuji.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan