Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Sains baru dijangka siap 2025

Para pengunjung ke Pusat Sains yang baru boleh menjangkakan kemudahan yang lebih baik seperti makmal khusus serta program dan kegiatan luar apabila ia siap dibina pada 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 May 2019 09:40PM Dikemas Kini : 25 May 2019 02:06AM

SINGAPURA: Para pengunjung ke Pusat Sains yang baru boleh menjangkakan kemudahan yang lebih baik seperti makmal khusus serta program dan kegiatan luar apabila ia siap dibina pada 2025.

Pusat itu akan direka firma arkitek tempatan Architects 61.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung mengumumkan pemenang tender Pusat Sains yang baru itu di pelancaran satu pameran pada Jumaat (24 Mei).

Terletak di Daerah Tasik Jurong, reka bentuk pusat baru itu akan memanfaatkan landskap sekeliling dan menggunakan teknologi inovatif untuk mewujudkan pengalaman yang menyeluruh.

Encik Ong berkata pasukan yang mengendalikan projek itu mengambil inspirasi dari pusat-pusat sains merata dunia, seperti Exploratorium di San Francisco dan Miraikan di Tokyo yang menawarkan pengalaman pembelajaran praktikal.

Pusat baru itu akan menyepadukan galeri, makmal dan ruang bengkel, tambahnya. 

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan