Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat pesakit barah kedua Persatuan Ain dijangka selesai kerja ubah elok hujung tahun ini

Pusat Jagaan Ketenangan, Pusat Khidmat Keluarga yang pertama seumpamanya ditubuhkan di kawasan Tanjong Katong dan Haig Rd

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat pesakit barah kedua Persatuan Ain dijangka selesai kerja ubah elok hujung tahun ini

Kerja-kerja ubah elok bagi pusat kedua Persatuan Ain telah bermula. (Gambar: Persatuan Ain)

SINGAPURA: Para pesakit barah sering berdepan dengan cabaran emosi dan fizikal.

Justeru, mereka sangat-sangat digalakkan supaya terus berinteraksi dengan ahli keluarga dan mendapatkan nasihat pakar.

Perkara itu ditekankan oleh Anggota Parlimen GRC Marine Parade Profesor Madya Fatimah Lateef.

Dr Fatimah yang juga penasihat perubatan bagi Persatuan Ain, mengongsi pengamatan itu semasa memulakan secara rasmi kerja-kerja ubah elok bagi pusat kedua Persatuan Ain yang terletak di kolong Blok 9, Haig Road.

Jika pusat pesakit barah Persatuan Ain dahulunya menawarkan khidmat sokongan kepada 850 orang,namun dengan pembukaan pusat kedua itu, ia diharap dapat menjangkaui jumlah tersebut, selain mendampingi lebih ramai lagi pesakit daripada kaum lain.

Setakat ini, 30 peratus daripada pesakit barahnya terdiri daripada kaum Cina dan India.

Diharap dapat menjadi sebuah pusat yang lebih kondusif
dengan persekitaran yang nyaman dan tenang, ia turut menampilkan beberapa ciri baru, antaranya ruang kaunseling yang lebih terbuka bagi menggalak sesi interaksi sihat, di samping perpustakaan kecil yang turut bertindak sebagai sebuah pusat sumber.

Dengan kemudahan baru itu, Dr Fatimah berharap lebih ramai pesakit barah akan tampil mendapatkan khidmat sokongan.

Ini kerana menurutnya penyakit barah boleh menimbulkan pelbagai risiko kesihatan.

"Seorang pesakit barah mempunyai banyak cabaran bukan sahaja cabaran penyakit fizikal
tetapi cabaran-cabaran emosi dan psikologi, cabaran sosial, cabaran pekerjaan, masalah kewangan, kita tahu cabaran-cabaran ini merangkumi mereka dan keluarga mereka, jadi saya berharap mereka akan datang ke hadapan, jangan berdiam diri di rumah sahaja, dan tidak mahu berinteraksi dan kadang-kadang mereka ini mendapat sakit kemurungan," kata Dr Fatimah.

Diberi nama 'Pusat Jagaan Ketenangan', ia dipercayai adalah Pusat Khidmat Keluarga yang pertama seumpamanya yang ditubuhkan di kawasan Tanjong Katong dan Haig Rd.

"Secara keseluruhan kami membelanjakan sebanyak $650,000 dan ini belum termasuk dengan kelengkapan dalamannya nanti, tapi kami amat berterima kasih dan berbesar hati dengan masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat secara amnya kerana kutipan Projek Kasih melebihi jangkauan kami dan ini dapat menampung $650,000 untuk pusat ini," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain, Md Yusof Ismail.

Pusat kedua Persatuan Ain bagi program jagaan barah itu dijangka siap pada hujung tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/UM/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan