Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat perubatan baru tertumpu kepada pemindahan organ ditubuhkan

Sebuah pusat perubatan baru tertumpu kepada pemindahan organ dan bahagian badan lain, sudah ditubuhkan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Apr 2019 09:29PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 09:33PM

SINGAPURA: Sebuah pusat perubatan baru tertumpu kepada pemindahan organ dan bahagian badan lain, sudah ditubuhkan di Singapura.

Pusat Penyakit Duke-NUS SingHealth bagi Pemindahan Organ, akan menyepaduakan prosedur pemindahan organ Kumpulan Jagaan Kesihatan itu di bawah satu bumbung.

Mengumumkannya di Mesyuarat Saintifik Tahunan Hospital Besar Singapura siang tadi (12 Apr), Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata pusat tersebut akan menumpukan perhatian kepada khidmat klinikal, kajian dan pendidikan.

Selain pemindahan organ, para doktor pusat tersebut boleh menjalankan pemindahan kulit dan sel.

Matlamat pusat itu adalah meningkatkan kadar penakatan para pesakit proses pemindahan dan meningkatkan mutu kehidupan.

Penubuhan pusat tersebut tepat pada masanya kerana kadar pendermaan organ di Singapura kekal rendah.

Menurut Encik Gan lagi, pusat pemindahan itu akan menggabungkan kepakaran klinikal SingHealth dalam pemindahan organ, dengan keupayaan kajian dan pendidikannya.

Ia juga akan meninjau cara-cara memastikan kos pemindahan kekal dalam kemampuan para pesakit.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan