Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat penjaja kendalian perusahaan sosial bergerak lancar, kata Masagos

Model pusat penjaja yang diuruskan perusahaan sosial (SEHC), ia "secara umumnya bergerak lancar" dan Pemerintah harus membiarkan mekanisme pasaran bergerak berbanding mewajibkan harga sewa yang rendah, kata Encik Masagos Zulkifli. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat penjaja kendalian perusahaan sosial bergerak lancar, kata Masagos

Pusat Penjaja Jurong West dikendalikan Hawker Management.

Diterbitkan : 19 Nov 2018 05:12PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 05:15PM

SINGAPURA: Meskipun terdapat beberapa cabaran dalam melaksanakan model pusat penjaja yang diuruskan perusahaan sosial (SEHC), ia "secara umumnya bergerak lancar" dan Pemerintah harus membiarkan mekanisme pasaran bergerak berbanding mewajibkan harga sewa yang rendah, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli di Parlimen hari ini (19 Nov).

"Harga makanan tetap dimampui dengan pelbagai pilihan bermutu tinggi dan kebanyakan pegerai menunjukkan prestasi baik di bawah SEHC," kata beliau. "Kami tidak seharusnya mengubah pencapaian-pencapaian itu."

Demikian kata Encik Masagos ketika menjawab 19 soalan daripada beberapa Anggota Parlimen berhubung SEHC, termasuk cabaran-cabaran yang dihadapi para pegerai di bawah model tersebut dan bagaimana pihak kementerian mengatasinya.

Beliau turut berkata bahawa SEHC memerlukan masa untuk membuktikan keberkesanannya dan meminta orang ramai memberi masa agar model itu dapat "mengadaptasi, menyesuaikan dan mengoptimumkan" hasil yang mahu dicapai.

Ini termasuk memastikan bahawa terdapat pilihan makanan yang dimampui, memberi gaji yang lumayan kepada para pegerai dan mengekalkan pusat penjaja sebagai ruang sosial yang rancak.

MEKANISME PASARAN BERGERAK LANCAR

"Mekanisme pasaran bergerak lancar dan Pemerintah tidak seharusya campur tangan dengan mewajibkan harga sewa rendah mahupun tiada bayaran sewa langsung kerana ia boleh menjejas persaingan adil," tegas Encik Masagos.

Beliau menerangkan bahawa tidak sesuai bagi Pemerintah untuk memberi subsidi kepada seseorang penjaja disebabkan perniagaannya lembab. Ini tambah Encik Masagos, tidak adil kepada penjaja lain yang mencatat prestasi lebih baik di tengah-tengah persaingan sihat dan juga kepada pengendali kedai makan sektor privet lain yang berdekatan.

"Oleh itu, model tersebut harus menjamin harga sewa dan kos yang telus dan saksama bagi para pegerai, tetapi ia tidak boleh memberi subsidi kepada para pegerai sehinggakan menjejas pasaran," tambah beliau. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan