Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Pediatrik NUH dibuka esok; berupaya tampung 110,000 pesakit setiap tahun

Sebuah pusat pediatrik di Hospital Universiti Nasional (NUH) akan dibuka esok (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2019 07:45PM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 09:10PM

SINGAPURA: Sebuah pusat pediatrik di Hospital Universiti Nasional (NUH) akan dibuka esok (13 Jan).

Ia akan menawarkan khidmat jagaan pesakit luar kanak-kanak di bawah satu bumbung.

Diberi nama Pusat Spesialis NUHKids, kemudahan itu boleh menampung 110,000 pesakit setiap tahun, tambahan 30,000 orang.

Pusat itu juga direka untuk mengadakan suasana yang sesuai bagi kanak-kanak.

Keadaan di tempat sejuk seperti Artik atau kehangatan savana di kawasan Afrika.

Itulah suasana yang direka khas untuk kanak-kanak yang melakukan kunjungan ke klinik baru, NUHKids.

Ini supaya kanak-kanak tidak berasa cemas apabila mendapatkan rawatan.

Menarik lagi, para jururawat juga menyumbangkan idea kepada rekaan pelbagai kemudahan dengan ciri-ciri mesra kanak-kanak seperti perabot yang tidak ada bucu tajam dan bilik-bilik diagnosis yang terletak berdekatan antara satu sama lain.

Di Klinik Makanan dan Pemakanan Pediatrik itu juga terdapat ciri cermin khas, yang membolehkan para doktor dan ibu bapa memantau tingkah laku kanak-kanak demi memberikan rawatan yang lebih peribadi.

Menjelang pemindahan ke klinik baru itu, lebih 40 kakitangan NUH membantu dalam persiapan selepas waktu bertugas selama hampir tiga hari.

Pusat baru NUHKids itu dibiayai melalui sumbangan $50 juta daripada harta pusaka Khoo Teck Puat.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan