Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Miopia rancang buka lebih banyak klinik maya

Menjalani pemeriksaan kesihatan mata di rumah mungkin menjadi kenyataan, tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Miopia rancang buka lebih banyak klinik maya
Diterbitkan : 15 Sep 2020 06:57PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 08:54PM

SINGAPURA: Menjalani pemeriksaan kesihatan mata di rumah mungkin menjadi kenyataan, tidak lama lagi.

Pusat Miopia atau Rabun Jauh Pusat Mata Kebangsaan Singapura, menjadi perintis Klinik Maya bagi beberapa golongan pesakit terpilih, dengan rancangan untuk menjadikannya sebahagian khidmat tetap, seawal Januari depan.

Pusat Miopia itu merancang untuk membuka lebih banyak klinik maya, termasuk satu di Hospital Besar Sengkang.

Ini diumumkan sempena ulang tahun pertamanya, pagi tadi (15 Sep), di mana para pelajar pra sekolah PCF Sparkletots, menyertai sesi bercerita bersama Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan yang juga mantan seorang doktor mata.

Beliau menceritakan kisah seekor panda bernama Amanda yang ke kawasan luar untuk merehatkan mata.

Buku itu merupakan sebahagian usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang miopia.

Masalah rabun jauh diburukkan oleh masa layar yang bertambah, terutama di kalangan kanak-kanak. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan