Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat miopia baru ditubuhkan tahun depan; tumpu usaha rawat rabun jauh

Sebuah pusat miopia baru akan ditubuhkan tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2018 08:02PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 09:16PM

SINGAPURA: Sebuah pusat miopia baru akan ditubuhkan tahun depan.

Pusat itu akan tertumpu kepada usaha mengekang, mengawal dan merawat kes-kes rabun jauh.

Pusat sehenti itu akan menyediakan nasihat perubatan bagi kes-kes miopia, menggalakkan kesedaran masyarakat dan menyediakan peluang-peluang latihan dan penyelidikan dalam bidang penjagaan miopia.

Selain kaunseling pesakit, pusat itu juga akan menawarkan latihan dan kajian dalam penjagaan kes rabun jauh.

Para doktor pakar mata akan menawarkan pelbagai perkhidmatan
dari pemeriksaan mata hingga kepada memperbetulkan pandangan pesakit.

Pendidikan untuk pesakit tentang amalan kesihatan yang baik dan cara rawatan yang terbaik juga ditawarkan di pusat tersebut.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan