Images
  • s (5)
    Pusat Makanan Newton. (Gambar: Gary Haris)

Pusat Makanan Newton terputus bekalan elektrik akibat kebakaran

SINGAPURA: Pusat Makanan Newton bergelap buat seketika hari ini (16 Mac) akibat kebakaran yang berlaku sekitar 9.45 pagi.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang menguruskan pusat penjaja tersebut, kebakaran berlaku di bilik suis elektrik dan dapat segera dipadamkan.

Namun, beberapa papan elektrik musnah dalam kebakaran tersebut.

Pada sekitar 9 malam, bekalan elektrik yang terganggu kembali pulih.

Bagaimanapun beberapa pegerai memilih untuk tidak membuka gerai mereka hari ini.

NEA menyatakan pihaknya akan meninjau memberi konsesi kepada mereka yang terjejas.

Sementara itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan punca kebakaran sedang disiasat dan tiada laporan orang cedera dalam kejadian itu.

Dalam catatan di Facebook, syarikat pembekal elektrik SP Group menyatakan kejadian itu tidak ada kena mengena dengan rangkaiannya dan ia dikesan pada alat elektrik di pusat makanan itu sendiri.   

- CNA/SU/na

Top