Images
  • sgh
    Hospital Besar Singapura. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)

Pusat Kelecuran SGH dilengkapi kemudahan lebih baik bagi tangani kes serius

SINGAPURA: Pusat Kelecuran Hospital Besar Singapura (SGH) kini dilengkapi dengan kemudahan lebih baik bagi mengendalikan kes-kes lebih serius.

Ia hasil kerja-kerja naik taraf selama 15 bulan.

Pusat di SGH itu kini dilengkapi dengan 10 bilik penggantungan tinggi berbanding enam sebelumnya.

Dua bilik pembedahan di pusat itu juga mempunyai sistem kawalan suhu bagi memastikan suhu optima mengekang pembiakan bakteria ketika proses pemindahan dan pembedahan kulit.

Susur atur yang baru membolehkan bilik pembedahan diubah menjadi wad unit jagaan rapi.

Kedua-dua bahagian unit itu juga boleh dikepung semasa berlaku kejadian kebakaran berskala besar bagi mengurangkan risiko pencemaran.

Sejak lima tahun lalu, jumlah pesakit yang dirawat pusat itu naik dari 150 pesakit kepada 220 pesakit tahun ini.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Lam Pin Min mengumumkannya di Kongres Kelecuran Asia Pasifik ke-12 di Singapura.

Program selama tiga hari itu disertai 500 pengamal perubatan yang bertukar-tukar pengalaman klinikal mengenai rawatan kelecuran.

Ada juga rancangan untuk memperbaiki keupayaan merawat kelecuran di hospital-hospital lain seperti Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.

Sementara itu, Persatuan Kelecuran Asia Pasifik juga mengumumkan garis panduan baru mengenai simpanan kulit untuk memastikan piawai keselamatan dan amalan bagi pemeriksaan penderma, proses menyimpan dan pengedaran di rantau ini.

Ia bertujuan untuk mempercepat pertukaran kulit antara para anggota persatuan termasuk Singapura, semasa sesuatu krisis. 

- CNA/AA/fz

Top