Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Kelakonan Cemerlang Tentera berhasil kurangkan kecederaan, tingkatkan kecergasan

Kecederaan muskuloskeletal atau kerosakan tisu-tisu otot di kalangan anggota perkhidmatan negara berkurangan sebanyak 30 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2018 07:46PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 09:22PM

SINGAPURA: Kecederaan muskuloskeletal atau kerosakan tisu-tisu otot di kalangan anggota perkhidmatan negara berkurangan sebanyak 30 peratus.

Ia hasil daripada sebuah program pemulihan yang dikendalikan oleh Pusat Kelakonan Cemerlang Tentera atau CESP yang dibuka rasmi tahun lalu.

Program itu sudahpun dilaksanakan di tujuh unitnya.

Kecederaan tulang belakang, lutut, dan buku lali membentuk sekitar 70 peratus daripada semua kecederaan muskuloskeletal di dalam pasukan tentera negara.

Perangkaan sebegitu membolehkan CESP mereka cara latihan yang dirangsang oleh data bagi meningkatkan keberkesanan serta keselamatannya.

"Jadi sistem latihan yang terbaru ini turut mengurangkan kecederaan kerana ia memperkuatkan otot dan tulang yang khusus kepada keaskaran," kata Sarjan Master Muhammad Faris Azmi, 29 tahun.

Selain daripada mencegah kecederaan, CESP juga membangunkan program-program kecergasan jasmani bagi mempersiapkan para askar bagi tugasan pertempuran tertentu.

VFT TINGKATKAN KECERGASAN KHUSUS

Para Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) itu menyertai program Latihan Vokasional Jasmani (VFT) yang pertama mereka selama empat minggu selepas melengkapi Latihan Ketenteraan Asas (BMT).

Ia bertujuan meningkatkan kecergasan para askar khususnya bagi tugasan pertempuran masing-masing agar mereka lebih bersedia secara fizikal untuk melalui latihan pertempuran yang lebih mencabar.

VFT sudahpun dilaksanakan di semua unit pertempuran tentera seperti Infantri dan Pengawal.

Sumber : CNA/NT/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan