Images

Pusat Inovasi PlanetSpark dilancar, pacu daya saing sektor elektronik, pengilangan S'pura

SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata daya inovasi adalah kunci untuk meningkatkan daya saing sektor elektronik dan pengilangan Singapura.

Inilah sebabnya, sebuah pusat daya inovasi baru yang dilancarkan hari ini (12 Jan) untuk syarikat-syarikat pemula menjana idea-idea mereka untuk pasaran.

Ia sebahagian daripada kerjasama antara pemerintah dan pengedar barangan elektronik, Excelpoint dengan pelaburan awal S$5 juta.

Encik Chan berucap sedemikian semasa melancarkan Pusat Inovasi PlanetSpark di Changi.

Pelaburan tersebut akan digunakan untuk meluaskan keupayaan kejuruteraan pusat tersebut dan membangun pelbagai platform teknologi.

Excelpoint berharap untuk mempercepatkan pembangunan produk-produk perkakasan dalam bidang AI dan IoT serta membantu perniagaan mengedarnya ke pasaran-pasaran serantau seperti di China, India dan Vietnam. 

- CNA/HK/tq

Top