Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat industri geospatial pertama Asia Tenggara dilancarkan di S'pura

Pusat industri geospatial yang pertama di Asia Tenggara dilancarkan di Singapura pada Isnin (16 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2018 08:06PM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 10:07PM

SINGAPURA: Pusat industri geospatial yang pertama di Asia Tenggara dilancarkan di Singapura pada Isnin (16 Jul).

Ini justeru mempergiatkan lagi teknologi berdasarkan lokasi yang memacu khidmat seperti memesan makanan dari rumah atau bergerak mengikut peta ke pusat membeli-belah.

Pusat yang dinamakan GeoWorks itu menghimpunkan syarikat-syarikat teknologi, para pengguna khidmat dan agensi-agensi pemerintah, daripada khidmat kongsi perjalanan kepada platform program penerbangan dron.

Dibangunkan Penguasa Tanah Singapura (SLA), pusat seluas 15,000 kaki persegi itu menempatkan 22 syarikat pemula teknologi berdasarkan lokasi yang bertahap antarabangsa.

Ia bertujuan menghubungkan syarikat-syarikat itu dengan agensi-agensi pemerintah dan firma-firma lain yang memerlukan teknologi tersebut.

Menteri Negara Kanan Undang-Undang merangkap Kesihatan Edwin Tong yang merasmikan pelancaran itu berkata bahawa teknologi berdasarkan lokasi amat berharga untuk perniagaan dan ekonomi.

Pusat itu juga akan menyokong syarikat-syarikat pemula dengan menyediakan data terbuka yang dikumpulkan pemerintah dan juga menyediakan kepakaran daripada syarikat-syarikat yang lebih mapan.

Selain daripada mempergiatkan lagi usaha syarikat-syarikat pemula teknologi berdasarkan lokasi, GeoWorks diharapkan dapat membantu perniagaan daripada sektor logistik sebagai permulaan.

Pusat itu juga adalah antara 13 inisiatif di bawah Pelan Induk Geospatial Singapura yang didedahkan awal bulan ini.

Pelan itu bertujuan memperbaiki proses perniagaan supaya dapat memudahkan kehidupan orang ramai dan meningkatkan penggubalan dasar.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan