Pusat Huraian Pertikaian di Maxwell dibuka 8 Ogos
SINGAPURA: Pusat Huraian Pertikaian yang selesai diubah suai, Maxwell Chambers Suites, akan dibuka pada 8 Ogos ini.
Menteri Undang-undang K Shanmugam mengumumkan demikian hari ini (26 Apr) di Mesyuarat Persatuan Para Peguam Antara Pasifik ke-29.
Maxwell Chambers Suites, yang tiga kali lebih luas, adalah sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai hab antarabangsa bagi timbang tara.
Dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan baru termasuk teknologi bijak, pusat itu bertujuan membantu membina ekosistem yang lebih kukuh sekaligus menjadikan Singapura pangkalan yang baik bagi syarikat-syarikat berniaga di ASEAN.
Encik Shanmugam berkata sedang ASEAN berkembang, Singapura menjadi pilihan semula jadi dan paling berkecuali untuk menguruskan pertikaian-pertikaian yang timbul di rantau ini.
- CNA/MM/fz