Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat data raya baru dibuka di S'pura; dilengkapi ciri mesra alam

Salah sebuah pusat data terbesar Singapura membuka pintunya secara rasmi hari ini (6 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Apr 2021 07:10PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 11:12PM

SINGAPURA: Salah sebuah pusat data terbesar Singapura membuka pintunya secara rasmi hari ini (6 Apr).

The Digital Loyang Two atau kemudahan SIN-12 adalah yang ketiga di negara ini oleh Digital Realty dari Amerika Syarikat.

Ia menjadikan jumlah pelaburan syarikat itu di Singapura bernilai lebih AS$1 bilion (S$1.34 bilion).

Kemudahan 50 megawat tersebut direka dengan ciri-ciri berdaya mampan.

Misalnya, ia mempunyai sistem penyejuk yang direka dan boleh dikawal bagi membolehkan penggunaan air dengan lebih cekap.

Bangunan lima tingkat itu menerima anugerah Platinum Tanda Hijau Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).

Menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, sedang ekonomi digital terus berkembang, adalah penting untuk memastikan prasarana digital berdaya mampan.  

Jangan terlepas laporan-laporan Berita Jelajah - Cinta Bumi di pautan ini.

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan