Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat beli-belah Tampines Mall ditutup sementara akibat kebakaran

Pusat beli-belah Tampines Mall akan ditutup buat sementara menyusuli satu kebakaran kecil yang berlaku di atrium pusat beli-belah berkenaan pada petang Khamis (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat beli-belah Tampines Mall ditutup sementara akibat kebakaran

Kebakaran berlaku di pusat beli-belah Tampines Mall pada 18 Apr. (Gambar: Petikan skrin dari video-video Facebook)

SINGAPURA: Pusat beli-belah Tampines Mall akan ditutup buat sementara menyusuli satu kebakaran kecil yang berlaku di atrium pusat beli-belah berkenaan pada petang Khamis (18 Apr).

Pengumuman tersebut dimaklumkan menerusi catatan di laman Facebook pusat beli-belah itu sekitar 5.45 petang tadi.

Beberapa pengguna di laman Facebook berkongsi video-video yang menunjukkan kebakaran yang meletus berhampiran tangga bergerak di tingkat satu pusat beli-belah tersebut.

Orang ramai juga dilihat berkumpul berhampiran perhentian teksi Tampines Mall, menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook.

Seorang pembaca Mediacorp berkata beliau sedang berada di tingkat satu pusat beli-belah itu sebelum diminta mengosongkan bangunan oleh pegawai keselamatan.

"Bau asap memenuhi ruang udara. Semua orang di dalam bangunan itu terpaksa dipindahkan; semua orang dalam keadaan tenang," katanya.

"Lebih empat kenderaan polis berada di kawasan itu, dengan dua ambulans dan sebuah kereta bomba," tambahnya.

Cik Jane Kwek memberitahu Mediacorp beliau sedang berada di cawangan Hush Puppies apabila berlaku kebakaran di salah satu gerai di Pesta 'Spring Kyushu'.

"Kebakaran itu terkawal di gerai di tingkat satu. Asap itu menyelubungi seluruh pusat beli-belah dan pengumuman dibuat agar kami dipindahkan. Pegawai keselamatan juga mememinta kami mengosongkan bangunan tersebut," kata beliau.

Langkah keselamatan agar mengosongkan bangunan tersebut juga diambil meskipun kebakaran tersebut dapat dipadamkan.

Sumber : BERITA Mediacorp/CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan