Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat beli-belah Hougang dikunjungi kes COVID-19 kelompok TTSH semasa berjangkit

Pusat beli-belah Hougang merupakan satu-satunya lokasi baru yang ditambah kepada senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat beli-belah Hougang dikunjungi kes COVID-19 kelompok TTSH semasa berjangkit

(Gambar: Facebook/Hougang Mall)

Diterbitkan : 04 May 2021 09:01AM Dikemas Kini : 04 May 2021 09:02AM

SINGAPURA: Pusat beli-belah Hougang merupakan satu-satunya lokasi baru yang ditambah kepada senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit mereka.

Dalam kemas kini pada Isnin (3 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pusat beli-belah itu dikunjungi oleh satu kes terkait dengan kelompok Hospital Tan Tock Seng.

Individu berkenaan mengunjungi pusat beli-belah itu pada 1 Mei antara pukul 4.35 petang dengan 5.20 petang.

Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes disahkan sudah pun dimaklumkan oleh MOH.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di lokasi-lokasi tersebut pada masa yang dikenalpasti harus memantau kesihatan mereka dengan teliti untuk 14 hari daripada tarikh kunjungan.

Mereka juga patut berjumpa doktor dengan segera jika mengalami simptom jangkitan pernafasan akut, seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau dan memaklumkan kepada doktor tentang tempat-tempat yang dikunjungi sebelum ini.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan