Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat beli-belah di Changi tidak dibenarkan buka restoran ekoran maklum balas penduduk

Sebuah pusat beli-belah di Changi, yang kekal kosong setelah sembilan bulan dibangunkan, tidak dibenarkan untuk mempunyai restoran akibat maklum balas oleh penduduk mengenai masalah lalu lintas dan tempat letak kenderaan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat beli-belah di Changi tidak dibenarkan buka restoran ekoran maklum balas penduduk

Pusat beli-belah Liv@Changi di Mariam Way. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud/CNA)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 02:51PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 02:54PM

SINGAPURA: Sebuah pusat beli-belah di Changi, yang kekal kosong setelah sembilan bulan dibangunkan, tidak dibenarkan untuk mempunyai restoran akibat maklum balas oleh penduduk mengenai masalah lalu lintas dan tempat letak kenderaan.

Mediacorp melaporkan pada Sabtu (12 Sep) bahawa pemaju pusat beli-belah Liv@Changi, yang selesai dibina pada Disember tahun lalu, menghadapi kesukaran untuk menarik penyewa kerana tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 dan sekatan perancangan yang dikenakan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Pada Februari, URA menolak satu permintaan oleh pemaju itu untuk menjadikan unit-unit kedai di tingkat satu dan dua pusat beli-belah tersebut sebagai restoran. Ini membuatkan sesetengah warganet mempersoalkan sebab di sebalik keputusan itu.

"URA memaklumkan pemaju itu pada 2015 bahawa restoran, bar, pusat kesihatan dan kelab malam tidak boleh dibenarkan di bangunan itu," kata pihak berkuasa tersebut kepada Mediacorp pada Selasa.

"Kami mengulangi syarat itu pada Februari 2020 apabila pemaju meminta untuk menjadikan unit kedai sebagai restoran. Ini adalah sebagai tindak balas kepada maklum balas tempatan bahawa penggunaan tersebut akan memburukkan masalah lalu lintas dan tempat letak kereta di kawasan kejiranan."

Pemaju pusat beli-belah itu, Fortune Assets Changi, menyesali keputusan untuk melarang pembukaan restoran.

"Garis panduan perancangan membataskan perniagaan tertentu yang diinginkan, seperti kafe dan restoran, yang penting bagi pusat beli-belah untuk menarik kunjungan orang ramai," kata Pengarah Fortune Assets Changi, Keev Tan, sebelum ini.

Beliau menambah matlamat pusat beli-belah itu adalah untuk "menyediakan kemudahan dan khidmat bermutu" kepada penduduk di kawasan tersebut.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan