Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat bagi Inovasi Jagaan Kesihatan dibuka

Sebuah kemudahan baru yang akan memainkan peranan penting dalam perubahan berterusan sektor jagaan kesihatan Singapura, dibuka pada Khamis (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 May 2019 01:09PM Dikemas Kini : 09 May 2019 11:21PM

SINGAPURA: Sebuah kemudahan baru yang akan memainkan peranan penting dalam perubahan berterusan sektor jagaan kesihatan Singapura, dibuka pada Khamis (9 Mei).

Pusat Ng Teng Fong bagi Inovasi Jagaan Kesihatan (CHI) ditubuhkan sebagai sebuah ruang fizikal penting bagi para karyawan jagaan kesihatan untuk sama-sama menjadikan idea mereka sebagai huraian yang mungkin boleh digunakan dalam kehidupan sebenar.

CHI terletak bersebelahan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dekat Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Kedua-dua kemudahan itu menelan kos sebanyak S$940 juta untuk dibangunkan.

Pusat berkenaan adalah salah satu daripada sembilan projek baru di bawah Pelan Induk Health City Novena 2030, yang dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada 2013.

Bangunan seluas 25,000 meter persegi dan setinggi sembilan tingkat itu menyediakan ruang fizikal bagi menggalak inovasi.

Semasa merasmikan pembukaan CHI, Encik Gan berkata beliau berharap CHI boleh memainkan peranan penting bagi menggalak inovasi dalam penjagaan kesihatan.

"Adalah penting untuk institusi-institusi jagaan kesihatan kami bekerjasama dengan rakan-rakan tempatan dan luar negara meliputi pelbagai industri.

"Kita mesti memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman institusi-institusi untuk sama-sama mewujudkan idea dan huraian baru."

Ini termasuk ruang-ruang perbincangan, studio pembelajaran dan makmal inovasi seperti CHI Living Lab (CHILL) iaitu sebuah ruang pencipta untuk sesiapa sahaja dengan idea memperbaiki jagaan kesihatan boleh membangunkan prototaip seperti alat pencetak 3D.

CHI juga akan menyimpan rekod amalan jagaan kesihatan terbaik, laporan projek lalu dan pengalaman pembelajaran.

Portal dalam talian dipanggil sistem CHI Learning & Development (CHILD) akan memudahkan akses kepda maklumat dan pengetahuan meliputi institusi-institusi kesihatan di Singapura. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan