Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat anti-penipuan polis peroleh semula lebih S$21.2 juta pada tahun pertama operasi

Polis berjaya memperoleh semula lebih S$21.2 juta daripada kes-kes penipuan sejak pusat anti-penipuannya mula beroperasi sekitar setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat anti-penipuan polis peroleh semula lebih S$21.2 juta pada tahun pertama operasi

Polis berjaya memperoleh semula lebih S$21.2 juta daripada kes-kes penipuan sejak pusat anti-penipuannya mula beroperasi. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 30 Jul 2020 08:28PM Dikemas Kini : 30 Jul 2020 08:34PM

SINGAPURA: Polis berjaya memperoleh semula lebih S$21.2 juta daripada kes-kes penipuan sejak pusat anti-penipuannya mula beroperasi sekitar setahun lalu.

Jumlah itu membentuk sekitar 41 peratus daripada jumlah yang cuba ditipu daripada mangsa dalam kes yang diuruskan pusat itu, menurut polis pada Khamis (30 Jul).

Setahun setelah ia ditubuhkan, pusat itu sudah mengendalikan lebih 8,600 aduan mengenai kes seperti penipuan cinta internet, e-dagang dan sokongan teknikal.

Ia juga berjaya membekukan lebih 6,100 akaun bank, dengan memintas aliran wang mangsa kepada penipu, menurut polis.

Salah satu daripada kes itu melibatkan sebuah syarikat farmaseutikal Perancis yang diperdaya untuk memindahkan €6.64 juta (S$10.2 juta) ke sebuah akaun bank Singapura bagi bekalan pelitup pembedahan dan cecair pembasmi kuman atau 'hand sanitiser'.

Amaran pertama dikeluarkan oleh sebuah bank berpangkalan di Singapura pada 14 Mac, dan pihak berkuasa berjaya mendapatkan semula lebih S$6.4 juta pada hari yang sama - jumlah terbesar yang diperolehi semula pusat itu sejauh ini, menurut polis.

Seorang lelaki berusia 39 tahun diberkas atas kesalahan pengubahan wang haram apabila dia pulang ke Singapura.

Penipuan e-dagang berkaitan dengan penjualan pelitup dan cecair pembasmi kuman meningkat sejak permulaan pandemik COVID-19, menurut polis, sambil menambah bahawa kebanyakan penipuan itu berlaku di Carousell.

Pihak berkuasa bekerjasama dengan platform online itu untuk memperkenalkan Perlindungan Carousell bagi semua produk berkaitan dengan pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan