Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Puntung rokok punca sebahagian besar kebakaran di tepi jalan

Antara 2014 dengan 2017, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menangani sekitar 350 kes kebakaran pokok di tepi jalan raya setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Puntung rokok punca sebahagian besar kebakaran di tepi jalan

Gambar fail. (Gambar: Anna Ross-Murphy)

Diterbitkan : 20 Mar 2018 04:32PM Dikemas Kini : 20 Mar 2018 04:36PM

SINGAPURA: Antara 2014 dengan 2017, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menangani sekitar 350 kes kebakaran pokok di tepi jalan raya setiap tahun.

Sebahagian besar daripadanya disebabkan puntung rokok, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo di Parlimen hari ini (20 Mac).

Beliau menjawab pertanyaan Dr Intan Azura Mokhtar tentang berapa banyak insiden kebakaran sedemikian berpunca daripada pemandu yang membuang puntung rokok mereka secara sembarangan di pembahagi jalan ataupun ke arah pokok dan tumbuh-tumbuhan di tepi jalan raya.

Dr Intan kemudian bertanya tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kerana "ia mungkin sukar memandangkan para pemandu sedang dalam perjalanan dan mereka membuang sembarangan ketika memandu ataupun menunggang".

Cik Teo bersetuju sambil menasihati orang awam agar lebih bertanggungjawab atas tindakan mereka.

"Tiada cara mudah untuk mencegah perkara ini kecuali dengan merayu kepada semangat kekitaan penduduk; kecuali dengan kerap mengingatkan orang ramai bahawa di mana jua anda membuang puntung rokok sama ada di estet perumahan ataupun di mana jua - ia boleh menyebabkan situasi lain seperti kebakaran," tambah beliau lagi.

"Kami menggalak orang ramai supaya melaporkan kesalahan sedemikian melalui laman NEA, aplikasi telefon bijak ataupun panggilan ke hotline."

Cik Teo selanjutnya mendedahkan bahawa pemasangan alat penggera kebakaran di flat sewa awam akan bermula pada Jun tahun ini.

Tahun lalu, Kementerian Ehwal Dalam Negeri mengumumkan bahawa SCDF, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Persatuan Rakyat (PA) sedang bekerjasama untuk memasang alat penggera kebakaran secara percuma di semua 60,000 flat sewa HDB.  

Sumber : CNA/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan