Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PUB lepaskan berpuluh ribu ikan ke Kolam Air Pandan bagi perangi serangga sera

Agensi air negara PUB melepaskan "berpuluh-puluh ribu" ikan ke dalam Kolam Air Pandan, sebagai langkah terkininya untuk cuba mengawal pembiakan serangga sera.

Anggaran Waktu Membaca:
PUB lepaskan berpuluh ribu ikan ke Kolam Air Pandan bagi perangi serangga sera

Ikan-ikan kecil dilepaskan ke dalam Kolam Air Pandan. (Gambar: PUB)

Diterbitkan : 06 Sep 2019 11:35PM Dikemas Kini : 06 Sep 2019 11:39PM

SINGAPURA: Agensi air negara PUB melepaskan "berpuluh-puluh ribu" ikan ke dalam Kolam Air Pandan, sebagai langkah terkininya untuk cuba mengawal pembiakan serangga sera.

Pelepasan ikan gupi, ikan molly, ikan pedang ke dalam kolam air berkenaan dilakukan secara terkawal agar tidak menjejas ekosistemnya, menurut PUB dalam catatan Facebooknya.

Serangga sera, yang sering kali disalah anggap sebagai nyamuk, adalah serangga kecil yang hidup dalam atau berdekatan kolam.

"Walaupun serangga sera ini tidak gigit atau menyebabkan wabak merebak, ia mengganggu jika ia banyak membiak," menurut PUB.

Para penduduk dan peniaga di Teban Gardens terjejas kerana begitu banyak serangga tersebut 'menyerang' kawasan itu.

PUB menyatakan jala nyamuk juga sudah dipasang di perhentian-perhentian bas di Penjuru Road dan West Coast Road.

Jala-jala itu disapu dengan permethrin, sejenis racun serangga yang digunakan dalam operasi-operasi penyemburan racun serangga. Ia tidak mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan manusia.

PUB menerusi catatan Facebooknya pada 1 Ogos menyatakan ia sudah mempergiat usahanya untuk mengawal pembiakan serangga sera di sekitar kawasan Kolam Air Pandan.

Ini termasuk membubuh racun yang membunuh anak serangga di kolam air, kerap menyembur dan melembapkan sekitar daik kolam air serta tumbuh-tumbuhan berdekatan.

Lampu-lampu terang juga dipasang di stesen minyak Kolam Air Pandan agar serangga tersebut tidak terbang ke kawasan perumahan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan