Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PUB lancar cabaran 'sifar karbon' bernilai S$6.5 juta; hapus sisa loji rawat air

Sebagai sebahagian daripada strategi untuk mencapai sifar pengeluaran karbon menjelang pertengahan abad ini, PUB akan menganugerahkan S$6.5 juta bagi "huraian-huraian yang membawa perubahan besar" yang dapat menghentikan pengeluaran karbon daripada kemudahan-kemudahan perawatan air.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Oct 2021 04:35PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 09:00PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada strategi untuk mencapai sifar pengeluaran karbon menjelang pertengahan abad ini, PUB akan menganugerahkan S$6.5 juta bagi "huraian-huraian yang membawa perubahan besar" yang dapat menghentikan pengeluaran karbon daripada kemudahan-kemudahan perawatan air.

Itulah hadiah wang tunai bagi Cabaran Utama Sifar Karbon (Carbon Zero Grand Challenge) yang dilancarkan hari ini (19 Oct).

"Cabaran Utama mahu memberi insentif kepada huraian-huraian inovatif yang boleh membantu PUB, agensi air negara, mencapai sifar pengeluaran dan mengikut skala kemudahan-kemudahan air lain di merata dunia," menurut PUB.

"PUB sedang mencari huraian-huraian bagi menyekat karbon dioksida dari memasuki ruang atmosfera dan menghapuskan karbon dan pencemar lain pada mana-mana tahap kesediaan teknologi yang boleh disepadukan dengan operasinya dan mencapai skala komersil dalam tempoh sedekad atau lebih pantas daripada itu."

Cabaran itu akan diadakan di platform pendanaan awam HeroX dan mencari huraian-huraian dari merata dunia dan menjangkauinya dalam sektor air, menurut PUB.

PUB hari ini juga memberikan perincian mengenai strategi "Gantikan, Kurangkan, Hapuskan" untuk "menutup gelung karbon".

Ini akan melibatkan pelaksanaan teknologi-teknologi baru, pengerahan lebih banyak ladang solar terapung dan penggantian kenderaan berkuasa diesel dengan kenderaan elektrik (EV).

"Sedang kita bergelut dengan cabaran-cabaran perubahan iklim, penting untuk kita terus memastikan bekalan air Singapura kekal berdaya tahan dan mampan," kata Ketua Pegawai Kemampanan PUB, Chong Mien Ling.

"Dengan permintaan bagi air dijangka naik hampir seganda menjelang 2060, tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan air juga dijangka meningkat empat kali ganda jika kita teruskan urusan seperti biasa."

Cabaran Utama Sifar Karbon itu adalah sebahagian daripada strategi PUB untuk mencegah perkara tersebut daripada berlaku.

"Dengan keterbatasan ruang, memandangkan negara ini kecil, maka penting untuk berfikiran kreatif dan mendakap teknologi," tambah Cik Chong.

"Menerusi cabaran inovasi terbuka ini, kami mempelawa para pengkaji dan syarikat-syarikat dari merata dunia untuk bersama-sama mewujudkan pengasingan karbon dan penggunaan teknologi yang boleh disepadukan dengan operasi PUB."

Cabaran itu akan dijalankan selama 45 bulan, dengan dua fasa pertandingan disusuli dengan demonstrasi skala ujian.

Dalam fasa pertama, sehingga enam usulan akan dianugerahi S$250,000 setiap satu untuk membangunkan bukti konsep.

"Dalam fasa pembangunan bukti konsep, para pemberi huraian akan menunjukkan bagaimana idea mereka atau huraian mereka boleh disepadukan dengan operasi PUB menerusi simulasi menggunakan komputer (desktop simulation) dan/atau kajian berskala makmal dan membangunkan rekaan terperinci bagi satu projek perintis," menurut agensi itu.

Selepas fasa ini, sehingga dua usulan akan dianugerahi S$2.5 juta setiap satu untuk menunjukkan versi sekitar 1 kilotan huraian mereka di kemudahan PUB di Singapura.

Usulan-usulan tersebut boleh diserahkan mulai hari ini sehingga 24 Februari 2022 menerusi HeroX.

GANTIKAN, KURANGKAN, HAPUSKAN

PUB menjangkakan untuk mengurangkan sekitar 60 peratus pengeluarannya - atau 600 kt CO2e/setahun - menjelang pertengahan abad ini menerusi usaha-usaha berterusan.

Ini termasuk menggantikan sumber-sumber tenaga berdasarkan karbon dengan sistem-sistem fotovoltaik (PV) di kolam-kolam air dan bumbung berkemudahan serta melaksanakan teknologi-teknologi baru yang boleh merangsang kecekapan tenaga dan mengurangkan penggunaan tenaga dalam proses perawatan air.

Agensi itu menyasarkan untuk menghapuskan baki 40 peratus menerusi huraian-huraian pengawalan, penggunaan, penyimpanan dan penghapusan karbon yang boleh disepadukan dengan kemudahan-kemudahan perawatan airnya.

Menyusuli pembukaan Ladang Solar Terapung Tengeh Sembcorp dengan sistem suria fotovolta (PV) terapung 60 megawat (MWp) puncak pada Julai lalu, PUB mengumumkan hari ini bahawa dua ladang solar terapung yang lebih kecil di Bedok dan Lower Seletar sudah memulakan operasi.

"Kedua-dua ladang solar terapung itu, bersaiz sekitar 1.8 hektar, berupaya menjana 1.5MWp setiap satu," menurut PUB.

"PUB buat masa ini meraih sekitar 70 MWp kuasa solar daripada kedua-dua pemasangan di darat dan sistem fotovoltaik solar terapung yang boleh mengimbangi lapan peratus keperluan tenaga tahunan PUB."

Sumber : CNA/NK/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan