Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PUB keluarkan notis tamat perjanjian Tuaspring, ambil alih loji dalam 30 hari

Agensi air kebangsaan PUB pada Rabu (17 Apr) mengeluarkan notis kepada anak syarikat Hyflux, Tuaspring, untuk menamatkan perjanjian pembelian air dan mengambil alih Loji Penyulingan Tuaspring (TSDP).

Anggaran Waktu Membaca:
PUB keluarkan notis tamat perjanjian Tuaspring, ambil alih loji dalam 30 hari

Gambar fail Tuaspring (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 03:46PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 03:47PM

SINGAPURA: Agensi air kebangsaan PUB pada Rabu (17 Apr) mengeluarkan notis kepada anak syarikat Hyflux, Tuaspring, untuk menamatkan perjanjian pembelian air dan mengambil alih Loji Penyulingan Tuaspring (TSDP).

"Notis menamatkan perjanjian memperuntukkan tempoh notis 30 hari sebelum PUB mengambil alih TSDP," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

PUB memberi tempoh hingga 30 April kepada Tuaspring untuk menyelesaikan masalah pembayaran berhubung perjanjian pembelian air. Tarikh akhir yang dilanjutkan "tertakluk pada syarat-syarat" namun PUB tidak mendedahkan apakah syarat-syarat tersebut.

Pada Mac, PUB menyatakan ia bersedia mengetepikan jumlah pampasan yang layak diterima pihaknya di bawah perjanjian itu dan membeli loji penyulingan itu pada harga sifar dolar.

Di bawah perjanjian air yang ditandatangani dengan PUB pada 2011, Tuaspring perlu membekalkan sehingga 70 juta gelen air yang disuling sehari kepada PUB selama tempoh 25 tahun dari 2013 hingga 2038.

Namun, Tuaspring gagal memastikan keandalan operasi loji tersebut seperti yang diperlukan, menurut PUB bulan lalu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan