Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PSD umum beberapa perubahan Setiausaha Tetap mulai 19 Okt

Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Jumaat (18 Sep) mengumumkan pelantikan Setiausaha Tetap yang baru dan perubahan pada satu lagi jawatan.

Anggaran Waktu Membaca:
PSD umum beberapa perubahan Setiausaha Tetap mulai 19 Okt

Encik Chia Der Jiun (kiri) dan Cik Lai Wei Lin (kanan). (Gambar: PSD)

Diterbitkan : 18 Sep 2020 08:27PM Dikemas Kini : 18 Sep 2020 08:35PM

SINGAPURA: Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Jumaat (18 Sep) mengumumkan pelantikan Setiausaha Tetap yang baru dan perubahan pada satu lagi jawatan.

Encik Chia Der Jiun, Timbalan Pengarah Urusan (Pembangunan Korporat) di Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Tenaga Manusia).

Cik Lai Wei Lin akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Undang-Undang) di samping terus memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Pendidikan). Encik Loh Khum Yean akan mengundurkan diri sebagai Setiausaha Tetap (Undang-Undang) dan terus berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap (Divisyen Perkhidmatan Awam).

Pelantikan itu berkuat kuasa mulai 19 Okt.

Encik Chia menyertai MAS pada 2004 dan memegang pelbagai jawatan pengurusan dalam penguasa itu. Beliau berkhidmat selama dua tahun sebagai pengarah eksekutif bagi rantau Asia Tenggara di Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Encik Chia memegang jawatan tersebut sejak Mei 2019.

Pada Jumaat (18 Sep), MAS mengumumkan bahawa Cik Jacqueline Loh akan mengambil alih jawatan Encik Chia, di samping terus memegang jawatannya sekarang selaku Timbalan Pengarah Urusan (Pasaran dan Pembangunan).

Pengarah Urusan MAS Ravi Menon berkata: "Kami amat menghargai khidmat cemerlang Der Jiun selama 16 tahun di MAS.

"Beliau memberi sumbangan ketara dalam pelbagai bidang, seperti membaiki pengurusan risiko rangka kerja tadbir urus MAS, menyelia pelaksanaan dasar-dasar kewangan dan pelaburan rizab matawang asing MAS, dan memacu perubahan digital dan pengurusan badan tersebut".

Cik Lai memegang beberapa jawatan di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Kementerian Pembangunan Negara, Maktab Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha (Dasar-dasar) di MOH pada 2018, sebelum dilantik sebagai Timbalan Setiausaha (Dasar-dasar) di Kementerian Pendidikan pada 2017.

Sejak 2019, beliau memegang jawatan Setiausaha Tetap Kedua (Pendidikan).

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan