Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PSD umum 3 Setiausaha Tetap mulai 4 Okt

Divisyen Perkhidmatan Awam mengumumkan pada Khamis (2 Sep) tiga pelantikan baru Setiausaha Tetap dan perubahan dalam satu lagi pelantikan.

Anggaran Waktu Membaca:
PSD umum 3 Setiausaha Tetap mulai 4 Okt

(Dari kiri) Encik Chng Kai Fong, Cik Teoh Zsin Woon dan Cik Lim Wan Yong. (Gambar: PSD)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 10:04PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 10:06PM

SINGAPURA: Divisyen Perkhidmatan Awam mengumumkan pada Khamis (2 Sep) tiga pelantikan baru Setiausaha Tetap dan perubahan dalam satu lagi pelantikan.

Encik Chng Kai Fong, yang kini pengarah urusan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua di Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital.

Cik Lim Wan Yong akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Pendidikan). Beliau kini adalah Timbalan Setiausaha (Perancangan) di Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan juga Timbalan Setiausaha (Penyelaras Keselamatan) di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Cik Teoh Zsin Woon akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Pembangunan Negara) dan Setiausaha Tetap Kedua (Divisyen Perkhidmatan Awam). Beliau kini merupakan Timbalan Setiausaha (Perubahan) di Divisyen Perkhidmatan Awam.

Semua pelantikan itu berkuat kuasa mulai 4 Oktober.

PERUBAHAN DALAM PELANTIKAN SETIAUSAHA TETAP

Cik Lai Wei Lin akan melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Pendidikan) dan terus berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap (Undang-Undang), berkuat kuasa mulai 4 Oktober.

Beliau juga akan menyandang jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Kewangan) berkuat kuasa mulai 1 Jan 2022.

Cik Lai, 45 tahun memegang pelbagai jawatan di MTI, MND, MOH dan Kolej Perkhidmatan Awam.

KETUA EKSEKUTIF BARU DILANTIK BAGI SKILLSFUTURE SINGAPORE

SkillsFuture Singapura turut mengumumkan pada Khamis bahawa ia melantik seorang ketua eksekutif yang baru.

Encik Tan Kok Yam akan dilantik sebagai ketua eksekutif SkillsFuture Singapura pada 18 Oktober dan ketua eksekutif pada 1 November.

Beliau akan menggantikan Encik Ong Tze-Ch'in yang akan memegang jawatan kanan dalam perkhidmatan awam, menurut SkillsFuture Singapore.

Encik Tan merupakan Timbalan Setiausaha Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital sejak penubuhannya pada Mei 2017.

Encik Tan akan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Setiausaha yang mengendalikan Sekretariat Perubahan Iklim Negara dalam Kumpulan Strategi di Pejabat Perdana Menteri.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan