Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Prudential 'berusaha sedaya upaya' pastikan pisang tidak berbuah 2 kali

Syarikat insurans, Prudential, hari ini (26 Mei) menyatakan bahawa ia 'sedang berusaha sedaya upaya' untuk mengelakkan berlakunya insiden seperti Khamis lalu (24 Mei) di mana jumlah yang salah dipotong daripada akaun-akaun pemegang polisi.

Anggaran Waktu Membaca:
Prudential 'berusaha sedaya upaya' pastikan pisang tidak berbuah 2 kali

Gambar: MIKE CLARKE/AFP

Diterbitkan : 26 May 2018 07:37PM Dikemas Kini : 26 May 2018 07:40PM

SINGAPURA: Syarikat insurans, Prudential, hari ini (26 Mei) menyatakan bahawa ia 'sedang berusaha sedaya upaya' untuk mengelakkan berlakunya insiden seperti Khamis lalu (24 Mei) di mana jumlah yang salah dipotong daripada akaun-akaun pemegang polisi.

Khamis lalu, beberapa pemegang polisi Prudential berkongsi dengan Mediacorp dan di media sosial tentang 'pemindahan wang tanpa kebenaran' dan potongan sebanyak 100 kali lebih berbanding premium mereka.

Prudential mengeluarkan kenyataan malam itu, menyatakan bahawa insiden tersebut disebabkan 'kesilapan teknikal'.

Kesemua akaun yang terbabit, dipulangkan semula wangnya dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prudential Wilf Blackburn dalam surat yang dikirim kepada para pelanggan hari ini.

"Meskipun kami tidak boleh melakukan apa-apa tentang kerisauan dan ketidakselesaan yang anda lalui, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan ia tidak berlaku lagi," jamin Encik Blackburn.

Encik Blackburn juga berkata bahawa syarikatnya akan memberi S$100 kepada setiap pelanggan dengan tarikh potongan GIRO pada 24 Mei sebagai 'tanda penghargaan' atas kesabaran dan sokongan mereka. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan