Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Protokol tunjukkan sistem 'kukuh' Royal Caribbean urus COVID-19, kata Chan Chun Sing

Protokol-protokol yang diambil selepas seorang penumpang kapal persiaran Royal Carribean yang mulanya diuji positif COVID-19, sebelum dua kali diuji negatif, menunjukkan sistem pengurusan yang "kukuh", kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Khamis (10 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Protokol tunjukkan sistem 'kukuh' Royal Caribbean urus COVID-19, kata Chan Chun Sing

Ambulans kelihatan bersebelahan kapal Royal Caribbean di Pusat Pesiaran Marina Bay pada 9 Dis 2020. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 10 Dec 2020 03:50PM Dikemas Kini : 10 Dec 2020 03:53PM

SINGAPURA: Protokol-protokol yang diambil selepas seorang penumpang kapal persiaran Royal Carribean yang mulanya diuji positif COVID-19, sebelum dua kali diuji negatif, menunjukkan sistem pengurusan yang "kukuh", kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Khamis (10 Dis).

Bercakap kepada para wartawan di sidang media maya selepas satu lawatan ke Pusat Alice Lee bagi Pengajian Kejururawatan Universiti Nasional Singapore, Encik Chan menambah bahawa kejadian itu telah "menguji" protokol industri persiaran.

"Daripada pengalaman semalam, ia menunjukkan sistemnya kukuh. Sebaik saja anda mendapat tahu ada kes positif - sama ada ia benar-benar positif atau positif palsu - anda serta-merta bertindak untuk melakukan ujian susulan, anda melaksanakan pengasingan, anda melakukan pengesanan kontak," kata Encik Chan, apabila ditanya mengenai insiden itu.

"Oleh itu meskipun semalam mungkin merupakan amaran bahaya palsu, ia sudah membenarkan industri pelayaran untuk menguji seluruh protokol untuk melihat bagaimana kami boleh melakukannya dengan baik dan melaksanakannya dengan lebih baik."

Pada Rabu pagi, kapal Quantum of the Seas milik Royal Caribbean berpatah balik ke Singapura sehari lebih awal daripada dijadualkan setelah seorang penumpang berusia 83 tahun diuji positif COVID-19 semasa di atas kapal itu.

Penumpang tersebut, seorang lelaki 83 tahun, telah pergi ke pusat perubatan di kapal tersebut kerana mengalami cirit-birit. Beliau menjalani ujian wajib reaksi berantai polimerase (PCR) sebagai sebahagian daripada protokol di atas kapal dan diuji positif.

Selepas kembali ke Singapura, sampel asal lelaki itu diuji semula di Makmal Kesihatan Awam Nasional (NPHL), dan sampel kedua diambil untuk ujian pengesahan.

Kedua-dua sampel itu didapati negatif, menurut MOH pada Rabu malam.

Para penumpang lain di atas kapal persiaran itu diberitahu supaya mengasingkan diri mereka di dalam bilik setelah lelaki itu diuji positif.

Mereka dibenarkan turun dari kapal sekitar 12 jam selepas ia berlabuh di Singapura.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan pada Rabu petang bahawa para penumpang di kapal persiaran itu akan menjalani ujian wajib COVID-19 sebelum meninggalkan terminal sebagai sebahagian daripada protokol tetap selepas ketibaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka juga perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh turun kapal dan menjalani ujian swab di kemudahan ujian swab pemerintah yang dikhaskan pada akhir tempoh pemantauan.

Encik Chan berkata bahawa sebarang ujian COVID-19 ada kemungkinan memberi keputusan positif palsu atau negatif palsu.

"Sebarang ujian, sama ada ia PCR atau ujian lain, akan sentiasa terdapat kemungkinan kecil positif palsu, dan ia berbeza-beza bagi ujian-ujian berlainan. Begitu juga, mungkin ada negatif palsu, ia boleh berlaku dengan sebarang ujian," tambahnya.

"Oleh itu, kami perlu mempunyai beberapa protokol bagi memastikan kami mengurangkan risiko kepada serendah mungkin."

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan