Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Projek lepaskan nyamuk Wolbachia diperluas ke tapak binaan, estet berhalaman Marine Parade

Projek untuk mencegah denggi di Singapura dengan melepaskan nyamuk yang dibiak khas akan diperluaskan ke tapak-tapak binaan dan kawasan rumah berhalaman di Marine Parade. 

Anggaran Waktu Membaca:
Projek lepaskan nyamuk Wolbachia diperluas ke tapak binaan, estet berhalaman Marine Parade

Para pegawai melepaskan nyamuk Wolbachia-Aedes. (Gambar: Amy Khor/Facebook)

Diterbitkan : 05 Jul 2021 03:36PM Dikemas Kini : 05 Jul 2021 03:38PM

SINGAPURA: Projek untuk mencegah denggi di Singapura dengan melepaskan nyamuk yang dibiak khas akan diperluaskan ke tapak-tapak binaan dan kawasan rumah berhalaman di Marine Parade.

Ini kali pertama bagi lokasi-lokasi sedemikian.

Selain itu, lebih banyak blok HDB di tapak-tapak kajian sedia ada seperti di Tampines dan Yishun akan disertakan dalam projek tersebut, dedah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (5 Jul).

Menurut agensi itu, ia mendampingi para penduduk di kawasan perumahan berhalaman Marine Parade dan merekrut sukarelawan untuk memasang perangkap nyamuk yang berbeza-beza di rumah-rumah mereka untuk memantau nyamuk.

Mulai suku keempat 2021, van-van yang dilengkapi teknologi automasi akan dikerahkan untuk melepaskan nyamuk Wolbachia-Aedes jantan pada skala kecil dan tertumpu di kawasan di Marine Parade itu.

"Data yang dikumpulkan akan membantu memberi panduan bagi pengerahan secara besar-besaraan (di kawasan berhalaman Marine Parade)," menurut NEA.

Nyamuk-nyamuk itu juga akan dilepaskan di tapak-tapak binaan yang berada dalam kawasan kajian itu, tambah NEA. Agensi tersebut sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan relevan termasuk syarikat-syarikat binaan untuk memberi tunjuk ajar tentang cara-cara memantau dan melepaskan nyamuk Wolbachia-Aedes jantan di premis-premis sedemikian.

"Ini sebahagian daripada strategi kami untuk mencapai pembendungan lebih baik di tapak-tapak kajian dengan meliputi pelbagai kawasan dan landskap," menurut NEA.

NEA juga akan meluaskan projek itu untuk meliputi tapak-tapak kajian sedia ada di Yishun, Tampines, Choa Chu Kang dan Bukit Batok.

Projek di Tampines dan Yishun akan diluaskan secara bertahap-tahap, masing-masing meliputi 686 dan 769 blok HDB, dengan sekitar 60 peratus blok sudahpun dilaksanakan sejak 1 Mei 2021.

Kawasan-kawasan berisiko tinggi di Chua Chu Kang dan Bukit Batok pula akan dilaksanakan menjelang hujung 2021.

KES DENGGI KURANG 88%

Sehingga 98 peratus daripada usaha untuk mengurangkan jumlah nyamuk pembawa demam denggi dapat dilihat di tapak-tapak kajian, dengan kesan limpahan yang positif turut disaksikan di tapak-tapak yang terletak bersebelahan dengan tapak-tapak di mana nyamuk wolbachia-aedes jantan dilepaskan

Kawasan utama tapak kajian, yang melepaskan nyamuk-nyamuk itu untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun menyaksikan kes denggi berkurangan 88 peratus berbanding kawasan-kawasan yang tidak melakukan sedemikian, dedah NEA.

"Kesan positif" kajian-kajian itu di Tampines dan Yishun menunjukkan bahawa usaha berterusan melepaskan nyamuk-nyamuk Wolbachia jantan berjaya mengawal pembiakan nyamuk Aedes aegypti betina di Singapura, tambah agensi itu.  

Sumber : CNA/SM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan