Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Projek laluan MRT Thomson-East Coast cukup mencabar; 6 stesen dibuka mulai 28 Ogos

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan sebahagian Laluan MRT Thomson-East Coast (TEL) sepanjang 13 kilometer merupakan projek cukup mencabar dari segi teknikal dan mengambil masa lebih enam tahun untuk diselesaikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Projek laluan MRT Thomson-East Coast cukup mencabar; 6 stesen dibuka mulai 28 Ogos

Terowong di stesen MRT Caldecott. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 16 Aug 2021 04:57PM Dikemas Kini : 16 Aug 2021 05:01PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan sebahagian Laluan MRT Thomson-East Coast (TEL) sepanjang 13 kilometer merupakan projek cukup mencabar dari segi teknikal dan mengambil masa lebih enam tahun untuk diselesaikan.

Kerja binaan dilakukan amat dekat dengan rumah-rumah kedai, sekolah dan tempat tinggal.

Kerja-kerja binaan di Sin Ming Avenue berdekatan perumahan flat HDB. (Gambar: LTA)

Enam stesen di laluan terbaru itu akan dibuka 28 Ogos ini.

Untuk membina Stesen MRT Caldecott misalnya, laluan sepanjang 62 meter perlu dilakukan di bawah tanah.

Cabaran lain semasa kerja-kerja binaan dilakukan termasuk ruang terhad bagi pergerakan kren dan pelbagai lencongan jalan raya.

TEL2 adalah salah satu projek binaan terbesar di Singapura.

Gangguan dapat dikurangkan pada kawasan permukaan jika dibandingkan dengan kaedah binaan lain yang memerlukan penggalian tanah yang luas.

Para jurutera mengatakan kerja binaan bertambah sukar memandangkan keadaan tanah yang lebih lembut di kawasan itu.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan