Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Projek jahit bantal bagi penduduk Jalan Kayu terima pujian menteri

Kerja keras dan sumbangan 20 Jawatankuasa Peneraju Integrasi dan Pewarganegaraan (INCs) dalam usaha mempromosikan integrasi dalam kalangan masyarakat diiktiraf dalam satu majlis penyampaian Anugerah Persatuan Rakyat (PA) pada Jumaat malam (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2019 11:44PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 12:12AM

SINGAPURA: Kerja keras dan sumbangan 20 Jawatankuasa Peneraju Integrasi dan Pewarganegaraan (INCs) dalam usaha mempromosikan integrasi dalam kalangan masyarakat diiktiraf dalam satu majlis penyampaian Anugerah Persatuan Rakyat (PA) pada Jumaat malam (12 Jul).

Salah satu projek yang mendapat pujian tetamu terhormat, Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, Ng Chee Meng adalah projek menjahit bantal untuk keluarga susah di Jalan Kayu.

Pada awal tahun ini, semasa melakukan lawatan dari rumah ke rumah, para sukarelawan Jawatankuasa INC Jalan Kayu ini mendapati ada lebih 50 keluarga yang tinggal di flat-flat sewa sudah lama tidak menggantikan bantal di rumah mereka.

Malah ada yang sudah lima tahun tidak berbuat demikian kerana kurang mampu.

Jadi, bersama dengan lebih 50 rakan mereka yang lain, para sukarelawan ini menjahit 100 bantal dan mengagihkannya kepada para penduduk yang memerlukan.

Usaha murni mereka diiktiraf malam ini apabila projek "Sewing with Love - Pillow Distribution" dinamakan sebagai salah satu pemenang cemerlang anugerah Inklusif Persatuan Rakyat tahun ini.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan