Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Projek 'Bandar Mudah Diakses' diperluas ke Boon Lay, Nee Soon Central

Kerjasama antara masyarakat dan pemerintah akan dipertingkat untuk menjadikan kawasan kejiranan lebih mudah diakses golongan kurang upaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Projek 'Bandar Mudah Diakses' diperluas ke Boon Lay, Nee Soon Central

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 09:34PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 10:02PM

SINGAPURA: Kerjasama antara masyarakat dan pemerintah akan dipertingkat untuk menjadikan kawasan kejiranan lebih mudah diakses golongan kurang upaya.

Projek perintis "Bandar Mudah Diakses" akan diperluaskan ke Boon Lay dan Nee Soon Central menyusuli yang pertama dilaksanakan di Daerah Perniagaan Pusat (CBD).

Menteri Pembangunan Negara (MND) Desmond Lee mengumumkan demikian pada Sabtu (20 Nov) di pelancaran "CaringSG" yang bertujuan menyokong golongan penjaga orang kurang upaya.

Encik Lee berkata selain menyediakan kemudahan prasarana, terdapat keperluan untuk menyokong mereka yang menjaga orang berkeperluan khas.

CaringSG, katanya, sudah mendampingi lebih 8,000 penjaga.

Inisiatif pertamanya bertujuan untuk menghubungkan penjaga dan melatih sukarelawan untuk menyokong individu ini.

Ia akan dimulakan di Boon Lay dan Kampong Gelam.

Sumber : CNA/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan