Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Project Touch' semai sifat rahmah belia kepada warga emas memerlukan

Menyemai sifat rahmah dalam kalangan belia bagi golongan warga emas. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menyemai sifat rahmah dalam kalangan belia bagi golongan warga emas.

Sepanjang enam bulan ini, sekumpulan belia daripada Yayasan Rahmatan Lil ‘Alamin (RLAF) dan Masjid Yusof Ishak di bawah inisiatif 'Project Touch’ mengadakan projek mendekati 50 warga emas di dua flat sewa di Champions Way, Woodlands.

BELAJAR CARA KOMUNIKASI, JAGAAN KEBERSIHAN

20 relawan belia menjalani sesi latihan di Masjid Yusof Ishak, Sabtu lalu (4 Mei) sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendampingi golongan warga tua yang kurang bernasib baik.

Selain belajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan warga emas, mereka juga diajar teknik asas penjagaan kebersihan, bantuan perubatan dan memberi makanan kepada golongan itu.

Ketua Projek Touch, Encik Hazmi Mohamed Noor, berkongsi: "Pada mulanya mereka sangat segan dan malu untuk berinteraksi bersama warga emas kerana mereka tidak biasa dan tidak semua daripada sukarelawan belia kami ada nenek atau datuk di rumah jadi ini menjadi pengalaman yang baru bagi mereka.

Seorang lagi Ketua Projek Touch, Cik Nur Hibriyah Amran berkata: "Ada seorang penghuni di ‘Care Corner’ yang duduk di kerusi roda. Saya rasa sesi tersebut membantu kerana kita boleh mengetahui macam mana mahu berinteraksi bersama penduduk tersebut."

DIHARAP CETUS MINAT BANTU GOLONGAN WARGA EMAS

Para relawan tersebut sudah mengikuti dua sesi mendampingi warga emas sejak dua bulan lalu, termasuk lawatan ke rumah.

Di akhir projek enam bulan itu, diharap mereka bukan sahaja mahir tentang penjagaan warga emas tetapi dapat menyebarkan ilmu yang ditimba bagi membantu lebih ramai lagi golongan memerlukan.

Pengurus Kanan Pembangunan Keupayaan RLAF, Izhar Roslan berkata: "Harapan Yayasan Rahmatan Lil ‘Alamin ialah untuk mencetuskan minat di kalangan relawan muda untuk mengenal pasti keperluan masyarakat dan mendalami ilmu yang dapat membantu golongan-golongan yang memerlukan, khususnya golongan warga emas."

Yang pasti, usaha Projek Touch ini, satu permulaan untuk memperkasa belia dengan ilmu baru, dan mewujudkan sifat ihsan dan rahmah terhadap golongan memerlukan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan