Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program tindakan iklim tingkat kesedaran tentang 'cabaran kewujudan' S'pura

Program selama seminggu yang menampilkan puluhan daya usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kemampanan dan perubahan iklim bermula pada Sabtu (15 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Program tindakan iklim tingkat kesedaran tentang 'cabaran kewujudan' S'pura

Di bawah Perjanjian Paris, S'pura perlu mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 36 peratus berbanding paras 2005, menjelang 2030. (Gambar hiasan: Shammi Mehra/AFP)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 01:54PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 02:01PM

SINGAPURA: Program selama seminggu yang menampilkan puluhan daya usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kemampanan dan perubahan iklim bermula pada Sabtu (15 Ogos).

Minggu Tindakan Iklim Singapura dianjurkan oleh Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) yang dijenamakan semula baru-baru ini dan akan melibatkan 30 daya usaha dari bawah ke atas yang dianjurkan oleh 27 rakan kongsi dari sektor 3P (Manusia, Swasta dan Awam).

Ini termasuk Universiti Nasional Singapura, syarikat pemaju hartanah City Developments Ltd (CDL), sekolah-sekolah menengah Commonwealth dan Woodgrove, badan bukan pemerintah Yayasan Tzu Chi dan Nespresso.

"Perubahan iklim kekal sebagai satu cabaran kewujudan bagi Singapura," kata Cik Grace Fu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, dalam kenyataan media yang dikeluarkan MSE pada Sabtu.

"Kita mesti terus bekerjasama untuk memahami, mengawal dan menyesuaikan diri dengannya."

MSE menyatakan sedang Singapura menangani isu-isu berkaitan pandemik COVID-19 yang memerlukan perhatian segera, ia tidak boleh memalingkan perhatian daripada usaha kemampanan.

"Menggalakkan usaha seluruh negara akan menjadi penentu utama kejayaan Singapura dalam menangani dan menyesuaikan diri dengan cabaran yang ditimbulkan oleh perubahan iklim," tambah kementerian itu.

Program yang berlangsung dari 15 hingga 21 Ogos itu adalah edisi kedua acara tahunan tersebut. Minggu Tindakan Iklim dilancarkan tahun lalu, menyusuli penutupan Tahun Tindakan Iklim pada 2018.

"Minggu Tindakan Iklim mencakupi semangat Singapura Bersama kita - melalui tindakan kolektif, kita boleh mencetus perubahan untuk Singapura yang mampan," kata Cik Fu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan