Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Pos Kesihatan Masyarakat dilancarkan di GRC Chua Chu Kang

Penduduk GRC Chua Chu Kang yang berusia 40 tahun ke atas kini boleh mendapatkan saringan atau sokongan kesihatan secara percuma di dua buah masjid dan empat kelab masyarakat dalam kawasan undi itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penduduk GRC Chua Chu Kang yang berusia 40 tahun ke atas kini boleh mendapatkan saringan atau sokongan kesihatan secara percuma di dua buah masjid dan empat kelab masyarakat dalam kawasan undi itu.

Ini menerusi program yang dinamakan Pos Kesihatan Masyarakat, yang dilancarkan hari ini.

Ia antara lain memberikan pengesanan peringkat awal bagi penyakit kronik, selain memberikan nasihat penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh.

Program itu dilancarkan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, dan Menteri Negara Pembangunan Negara, Zaqy Mohamad pagi tadi (16 Sep).

ACARA SATUKAN MASYARAKAT MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM

Kedua-dua menteri itu mendedahkan rancangan tersebut setelah menyertai 600 penduduk dari GRC Chua Chu Kang yang pagi tadi mengikuti Hijrah Walk, iaitu acara berjalan pantas sejauh 1.8 kilometer yang bermula dari Masjid Ar-Raudhah.

Acara kesihatan yang dianjurkan buat pertama kalinya di Chua Chu Kang itu merupakan usahasama beberapa badan akar umbi serta masjid di kawasan itu.

Dalam ucapannya di masjid Ar-Raudha pada pagi tadi, Encik Zaqy turut memuji usaha kebersamaan dan perpaduan seperti acara kesihatan itu yang mengumpulkan masyarakat yang berbeza bangsa dan agama.

Menukil apa yang dianjurkan oleh Mufti Dr Fatris Bakaram dalam ucapannya sempena sambutan awal tahun Islam minggu lalu, Encik Zaqy berkata acara yang dianjurkan itu merupakan salah satu contoh menyebarkan rahmah sesama jiran.

PROGRAM BENDUNG SAKIT KRONIK

Sebagai sebahagain daripada inisiatif kesihatan jugalah, Program Pos Kesihatan Masyarakat dilancarkan oleh Encik Gan dan Encik Zaqy.

Disasarkan kepada penduduk berusia 40 tahun dan ke atas, ia menyediakan enam 'pos kesihatan'.

Dua pos tersebut terletak di Masjid Ar-Raudhah dan Masjid Al-Khair, manakala empat lagi terletak di kawasan Keat Hong, Nanyang, Chua Chu Kang dan Bukit Hill View.

Menerusi pos itu, para penduduk boleh mendapatkan nasihat dan pendidikan kesihatan termasuk penilaian kesihatan asas oleh pasukan jururawat dan penyelaras jagaan kesihatan yang akan mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit kronik.

"Ini saya rasa penting oleh kerana kita mahu menjaga penyakit kronik di kalangan masyarakat Melayu, dan pada masa yang sama memberikan mereka nasihat, pada masa yang sama apa yang saya rasa juga penting untuk menjalankan program-program sebelum penyakit ini menjadi kronik di kalangan masyarakat kita.

"Dan ini juga memberikan kita peluang untuk kita peluang untuk berkolaborasi dengan masjid dan CC di mana kita boleh menjalankan program yang lebih baik dan aktif dengan masyarakat juga," kata Encik Zaqy.

Encik Zaqy menyifatkan perkongsian dengan pihak masjid dalam gerakan kesihatan ini sebagai penting.

Beliau juga melahirkan rasa gembira bahawa masjid-masjid kini aktif menyokong inisiatif-inisiatif ke arah kehidupan lebih sihat.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan