Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program perintis S$2.1 juta bagi bekas pesakit barah payudara

Program perintis bernilai S$2.1 juta yang menggabungkan rawatan perubatan konvensional dengan sokongan emosi dan sosial untuk bekas pesakit barah payu dara dilancarkan hari ini (30 Nov) oleh Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2019 09:06PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 09:18PM

SINGAPURA: Program perintis bernilai S$2.1 juta yang menggabungkan rawatan perubatan konvensional dengan sokongan emosi dan sosial untuk bekas pesakit barah payu dara dilancarkan hari ini (30 Nov) oleh Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor.

Yang pertama seumpamanya di Singapura, program tersebut akan beroperasi di bawah kerjasama antara Yayasan Temasek dan Pusat Barah Kebangsaan Singapura (NCCS) bagi membantu sekitar 4,000 pesakit barah payudara.

Program jagaan ACCESS, tersebut meliputi tiga bahagian.

Ini termasuk pemeriksaan pesakit di NCSS bagi menilai tahap kemurungan mereka, membina rangkaian khidmat sokongan perubatan masyarakat bagi proses penyembuhan selepas rawatan seperti terapi, pemulihan dan kaunseling serta program berstruktur oleh NCSS bagi melatih para doctor dan jururawat dalam masyarakat untuk menyediakan jagaan bermutu bagi pesakit.

Program tersebut kini disertai hampir 700 bekas pesakit barah payu dara sejak dimulakan September lalu. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan