Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program perintis CDC Tenggara dekati pelajar dari 50 keluarga berpendapatan rendah

Satu program baru diwujudkan bagi golongan muda mendampingi dan membantu para pelajar kurang bernasib baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2019 08:59PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 09:57PM

SINGAPURA: Satu program baru diwujudkan bagi golongan muda mendampingi dan membantu para pelajar kurang bernasib baik.

Program perintis oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Tenggara itu bertujuan mendekati para pelajar dari 50 keluarga berpendapatan rendah pada tahun pertama ia dilancarkan.

Para relawan belia akan diberi latihan dalam bidang-bidang seperti komunikasi, motivasi dan kemahiran hidup.

Mereka kemudian akan digandingkan dengan para pelajar bagi sesi mingguan untuk menjalani aktiviti bersama seperti membaca atau mengulang kaji pelajaran.

Program itu dijalankan sebagai sokongan kepada program UPLIFT Kementerian Pendidikan.

"Menerusi program ini kami harap diberi peluang baru kepada anak-anak yang datang dari keluarga-keluarga bermasalah untuk memberi mereka harapan baru, harapan lebih cerah menerusi abang-abang dan kakak-kakak angkat mereka ini," menurut Datuk Bandar CDC Tenggara, Encik Maliki Osman. 

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan