Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Penempatan Wajib diluaskan kepada 3 sektor baru Disember 2019

Bermula Disember ini, 1,700 lagi pekerja asing akan meraih manfaat daripada program kenal suai selama sehari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Apr 2019 08:36PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 08:42PM

SINGAPURA: Bermula Disember ini, 1,700 lagi pekerja asing akan meraih manfaat daripada program kenal suai selama sehari.

Program Penempatan Wajib (SIP) dilancarkan untuk para pekerja asing sektor binaan pada Oktober 2018.

Pada lewat tahun ini, ia akan diluaskan meliputi mereka dalam sektor-sektor marin, proses dan pengilangan.

Sehingga bulan lalu, lebih 5,000 pekerja asing sudahpun menghadiri program kenal suai SIP.

Program itu memberi tumpuan kepada topik-topik termasuk pekerjaan dan hak tuntutan jika mengalami kecederaan di tempat kerja serta undang-undang Singapura.

Para pekerja juga diperkenalkan kepada amalan-amalan serta norma sosial tempatan untuk membantu mereka menyesuaikan diri tinggal dan bekerja di sini.

SIP dijalankan dalam bahasa Inggeris, Benggali, Burma, Mandarin, Tamil dan Thai.

Pusat Pekerja Asing, yang mengendalikan program tersebut, akan melatih lebih ramai pelatih agar mereka dapat menguruskan lebih baik pekerja-pekerja berdaftar yang bakal meningkat kelak.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan para pekerja dan majikan sudahpun memberikan maklum balas yang positif tentang SIP. 

Menurut Menteri Negara MOM Zaqy Mohamad: "Mereka rasa bahawa program ini agak berkesan di mana pekerja mereka hari ini dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik di Singapura. Pada masa yang sama, program ini juga memberi pekerja asing pendidikan mengenai hak mereka dari segi pekerjaan di Singapura dan undang-undang di Singapura juga." 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan