Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Pemacu Kemahiran Teknologi bantu 85,000 peserta dapat pekerjaan

Sepanjang tiga tahun lalu, sekitar 85,000 orang sudah berjaya meningkatkan diri dengan kemahiran digital serta mendapatkan pekerjaan yang berkaitan dengannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Program Pemacu Kemahiran Teknologi bantu 85,000 peserta dapat pekerjaan

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 08:10PM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 08:12PM

SINGAPURA: Sepanjang tiga tahun lalu, sekitar 85,000 orang sudah berjaya meningkatkan diri dengan kemahiran digital serta mendapatkan pekerjaan yang berkaitan dengannya.

Inilah antara hasil program Pemacu Kemahiran Teknologi anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Bercakap kepada CNA dalam wawancara eksklusif, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo menyifatkannya sebagai satu perkembangan yang menggalakkan.

"Jika anda lihat jenis pekerjaan yang dicipta hasil pelaburan yang masuk ke Singapura, kebanyakannya memerlukan kemahiran digital. Cabaran utamanya adalah bagaimana memastikan rakyat Singapura memanfaatkan peluang-peluang ini dengan sebaik-baiknya," ujar Cik Teo.

"Jadi program Pemacu Kemahiran Teknologi anjuran IMDA adalah antara salah satu caranya bagi mencapai tujuan tersebut dan sambutannya setakat ini cukup menggalakkan.

Dalam wawancara tersebut, Cik Teo turut berkongsi tentang lonjakan jumlah pelajar di Institut Pengajian Tinggi yang mengambil bidang-bidang berkaitan infokom.

Malah, di bidang-bidang lain juga, pengetahuan digital turut diterapkan dalam sukatan pelajaran.

Beliau menambah semua kemajuan itu seiring dengan visi Negara Bijak Singapura.

Menyentuh tentang jenayah siber, terutama yang dilakukan anasir luar negara, Cik Teo berkongsi bahawa kerjasama peringkat ASEAN akan dipertingkat bagi menanganinya bersama. 

Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan