Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Makmal Inovasi Bersama Bandar Bijak persiap penduduk East Coast hadapi bidang baru

Lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan untuk para penduduk GRC East Coast di bawah satu daya usaha baru. Ia bertujuan menyiapkan mereka bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam bidang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Oct 2021 07:06PM Dikemas Kini : 31 Oct 2021 12:13AM

SINGAPURA: Lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan untuk para penduduk GRC East Coast di bawah satu daya usaha baru. Ia bertujuan menyiapkan mereka bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam bidang baru.

Ini hasil kerjasama gergasi teknologi China Huawei dengan syarikat elektronik Jerman Rohde & Schwarz.

Para penduduk boleh menyaksikan sendiri operasi syarikat-syarikat tersebut menerusi lawatan. Ada juga peluang kerjasama dan penghasilan huraian bagi isu-isu masyarakat dan perniagaan.

Sekarang, terdapat lapan syarikat yang terlibat dalam program Makmal Inovasi Bersama Bandar Bijak@East Coast itu. Lebih banyak syarikat akan turut serta kelak.

"Tujuan mendedahkan syarikat dan memberi anda pengalaman adalah untuk membolehkan orang ramai melihat kemungkinan buat diri mereka dan kemudian, mempelajari kemahiran itu kerana terdapat juga latihan kemahiran di sebaliknya. Terdapat juga pertumbuhan eksponen. Ada juga bengkel," kata Anggota Parlimen GRC East Coast Jessica Tan. 

Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan