Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program kerja, belajar Pakar Siber dijalankan pertengahan tahun bagi NSF yang berminat

Bermula pertengahan kedua tahun ini, anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) boleh memilih menyertai program bekerja dan belajar Pakar Siber.

Anggaran Waktu Membaca:
Program kerja, belajar Pakar Siber dijalankan pertengahan tahun bagi NSF yang berminat

Ketua pertahanan siber Singapura, Encik David Koh (kemeja putih) diberi taklimat tentang satu latihan yang dijalankan.

Diterbitkan : 12 Feb 2018 08:28PM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 08:31PM

SINGAPURA: Bermula pertengahan kedua tahun ini, anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) boleh memilih menyertai program bekerja dan belajar Pakar Siber.

Pesertanya akan menerima gaji tetap dan pada masa yang sama mendapat pensijilan profesional.

Satu Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Pertubuhan Pertahanan Siber Mindef dengan Institut Teknologi Singapura (SIT) hari ini (12 Feb).

"Mengapa kita melakukannya kerana menyedari bahawa perang hibrid ancaman bukan konvensional telah menjadi suatu perkara biasa. Setiap negara perlu memberi perhatian terhadapnya. Oleh itu, kita perlu membina keupayaan menerusi kerjaya dalam bidang siber," kata Menteri Kedua Pertahanan, Encik Ong Ye Kung.

Mereka yang bakal menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan berminat dalam bidang siber kini boleh memohon untuk dimasukkan ke dalam Skim Siber NSF.

Para pemohon yang terpilih akan menjalani ujian ketat bagi menilai kemahiran dan bakat mereka.

Di bawah skim itu, para Pengendali Siber akan memantau dan menganalisa ancaman selama dua tahun menjalani perkhidmatan NS biasa mereka.

Anugerah Pakar Siber akan ditawarkan kepada mereka yang akan bakal menyertai NS dan mempunyai bakat besar.

Mereka yang terpilih boleh memilih mengikuti program selama tiga atau empat tahun dan menghadiri kelas separuh masa.

Ini membolehkan mereka meraih kredit bagi meraih Ijazah Keselamatan Maklumat SIT.

Mereka juga akan diajar tentang analitik perisian hasad dan forensik siber.

Channel NewsAsia difahamkan tempoh tiga atau empat tahun diperlukan bagi anggota NSF menerima latihan pakar lanjutan.

Mindef menjangkakan untuk mengambil 50 hingga 70 pakar bagi kohort pertamanya dan setelah itu sehingga 90 orang. 

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan