Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program gembleng tenaga bantu penduduk Marsiling diperluas

Para penduduk Marsiling yang kurang bernasib baik akan mendapat lebih banyak sokongan di bawah satu program yang menggalak orang ramai untuk membantu mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Mar 2019 09:40PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 09:46PM

SINGAPURA: Para penduduk Marsiling yang kurang bernasib baik akan mendapat lebih banyak sokongan di bawah satu program yang menggalak orang ramai untuk membantu mereka.

Marsiling Cares merangkumi inisiatif lama dan baru dan dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama para Anggota Parlimen kawasan tersebut.

Marsiling Cares dipimpin oleh para sukarelawan akar umbi serta rakan masyarakat untuk menyokong para penduduk yang memerlukan.

Mislanya, para sukarelawan menganjurkan kelas tuisyen Inggeris dan Matematik untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

Terdapat juga rancangan untuk menggantikan Kelab Masyarakat Marsiling dengan prasarana yang baru dan moden.

Persatuan Rakyat tidak mendedahkan lokasinya mahupun bila ia akan dibina tetapi menyatakan ia akan terletak di tempat yang lebih mudah untuk penduduk kunjungi.

Marsiling adalah di antara empat kawasan yang dikenal pasti bagi Community Link yang menggabungkan program serta khidmat untuk keluarga yang tinggal di rumah sewa.

Inisiatif tersebut diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga minggu lalu dalam memberikan sokongan yang lebih tertumpu kepada golongan tersebut.

Acara hari ini (10 Mac) merupakan sebahagian daripada Hari Masyarakat Marsiling yang diadakan setiap tahun dan dihadiri lebih 2,500 penduduk. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan