Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program ExCEL+ bantu pulih 50 pesalah jenayah seksual sejak 2019

Para banduan jenayah seksual akan diberi lebih banyak bantuan untuk merubah tingkah laku dan pemikiran mereka walaupun hukuman lebih berat dikenakan bagi kesalahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Program ExCEL+ bantu pulih 50 pesalah jenayah seksual sejak 2019

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 12 Sep 2021 09:58PM Dikemas Kini : 12 Sep 2021 10:00PM

SINGAPURA: Para banduan jenayah seksual akan diberi lebih banyak bantuan untuk merubah tingkah laku dan pemikiran mereka walaupun hukuman lebih berat dikenakan bagi kesalahan.

Satu program pemulihan utama yang dimulakan sejak pertengahan tahun 2019 telah memberi manfaat kepada 50 banduan.

Program itu bagi para pesalah jenayah seksual yang dijatuhi hukuman penjara yang lama.

Hukuman bagi beberapa jenis jenayah seks semakin berat.

Antara tujuannya bagi memastikan para pesalah tidak mengulangi perbuatan mereka.

Lantaran itu, satu program khas dilancarkan dengan para pesalah bertemu secara berkumpulan dengan seorang pakar psikologi tiga kali seminggu.

Semasa sesi itu mereka diajak merenung kembali tentang perbuatan mereka.

Sejauh ini, 50 pesalah berusia antara 21 hingga 65 tahun sudah menghadiri sesi berkenaan selama empat hingga lapan bulan.

Program ExCEL+ disarankan bagi pesalah yang dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun.

Sepanjang mengikuti program itu mereka akan dinilai sama ada tingkah laku dan pemikiran mereka telah berubah.

Melalui ExCEL+, pesalah seperti "James" yang ditangkap kerana mencabul kehormatan, sedar akan sebab mengapa dia melakukan kesalahan itu serta memahami bagaimana keadaan mental seseorang mempengaruhi tingkah laku mereka.

Namun, pihak penjara menyatakan tidak semua pesalah menyedari kesilapan mereka semasa menjalani program tersebut.

Pucuk pangkalnya, Khidmat Penjara menekankan kejayaan bergantung kepada komitmen peribadi setiap pesalah itu sendiri.

Sumber : CNA/TQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan