Images
  • CBD
    Beberapa pekerja di kawasan pusat perdagangan Singapura. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Program dilancar bagi buka peluang kerja sambil belajar dalam sektor berkembang

SINGAPURA: Satu program perintis akan membantu mereka yang mencari pekerjaan, menimba kemahiran yang diperlukan dalam sektor-sektor yang pesat berkembang.

Diberi nama 'Bootcamp Work-Learn Skillsfuture', program pembelajaran berasaskan kerja (WBL)itu terbuka kepada para pekerja pertengahan kerjaya serta para lulusan baru dari institusi-institusi pengajian tinggi.

Program-program WBL bertujuan membantu warga Singapura bekerja sambil belajar. Ia menyasarkan sektor-sektor yang semakin berkembang seperti pemasaran digital.

Kursus padat antara lapan hingga 12 minggu itu akan mengajar kemahiran teknikal dan kelakuan yang berkaitan tugasan seseorang. Ia juga melibatkan para majikan yang berkongsi ciri-ciri untuk cemerlang dalam sesebuah syarikat.

Politeknik Republic dan Nanyang mula menawarkan WBL dalam pemasaran digital bulan ini.

Politeknik Singapura dan Temasek pula akan menawarkan WBL dalam sektor kejuruteraan dan data besar dalam suku keempat tahun ini.

Dalam pada itu, Program Bekerja dan Belajar dilanjutkan ke sektor-sektor seperti kecerdasan buatan dan kejuruteraan bioperubatan.

Para lulusan baru daripada politeknik dan ITE dipadankan kepada kerja dan menjalani latihan berstruktur. Sekitar 2,400 orang meraih manfaat daripada program tersebut.

- CNA/AA/aq

Top