Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program beli makanan secara terkumpul dirintis bantu tambah pendapatan penjaja

Para penjaja di Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 kini berpeluang menambah pendapatan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Sep 2021 07:47PM Dikemas Kini : 04 Sep 2021 10:22PM

SINGAPURA: Para penjaja di Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 kini berpeluang menambah pendapatan mereka.

Satu skim baru dirintis untuk merancakkan perniagaan di gerai penjaja dengan sesetengah makanan yang ditempah secara terkumpul atau 'group buy'.

Di Pasar dan Pusat Penjaja Tanjong Pagar Plaza, 600 bungkus makanan disiapkan untuk memenuhi tempahan oleh DBS di bawah inisiatif 'Adopt-a-Hawker Centre'.

Program itu menaja tempahan terkumpul setiap minggu yang dijangka menambah 10 peratus kepada pendapatan penjaja.

Sementara itu, 600 bungkus makanan dihantar kepada para pekerja barisan hadapan dan pekerja hijrahan.

Makanan itu juga akan dikirimkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan dan badan-badan amal.

DBS merancang untuk meluaskan inisiatif itu kepada lebih banyak pusat penjaja di CBD dalam minggu-minggu mendatang.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan