Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program baru dilancarkan bentuk perwatakan positif dalam kalangan bekas pesalah dadah

Satu program baru dilancarkan pada Sabtu (13 Mac) bagi membentuk perwatakan positif dalam kalangan para pesalah dadah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu program baru dilancarkan pada Sabtu (13 Mac) bagi membentuk perwatakan positif dalam kalangan para pesalah dadah.

Buat permulaan 20 penghuni rumah peralihan Jamiyah Darul Islah akan menyertainya.

Program itu bertujuan membantu golongan bekas pesalah dalam perjalanan mengukir lembaran lebih cerah selepas dibebaskan nanti.

Dinamakan Mentari ia dianjurkan rumah peralihan Jamiyah Darul Islah dengan kerjasama syarikat penyedia latihan SuChi Success Initiatives Pte Ltd.

Program tersebut dijalankan sepanjang lapan minggu.

Antara lain ia menyediakan pelbagai bengkel dan latihan pembangunan perwatakan dan moral.

Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang Zhulkarnain Abdul Rahim turut hadir bagi merasmikan pelancaran program Mentari pada Sabtu.

Beliau menekankan ia selaras dengan usaha inovatif dan menyeluruh untuk membantu pemulihan golongan bekas pesalah.

Beliau menggesa para peserta program tersebut untuk merebut peluang yang disediakan agar terus maju dalam kehidupan.

"Program seperti Mentari ini amat membanggakan dan memberangsangkan dan ia adalah untuk membimbing dan mendorong para peserta demi membentuk perwatakan dan sifat yang mereka boleh berubah dan berbakti semula kepada masyarakat," kata beliau.

Dengan pelancaran program Mentari, program-program lain yang dikendalikan Darul Islah juga akan menjadi lebih bermakna bagi para penghuninya.

"Misalannya jika kami mengendalikan kelas-kelas komputer, ada penghuni yang mengatakan kenapa saya perlu menyertai program sedemikian. Tetapi kalau mereka menjalani program Mentari yang membuka minda, harga diri, motivasi dan kepercayaan pada diri mereka, program literasi akan menjadi lebih bermakna," jelas Pengerusi Jamiyah Darul Islah, Dr Isa Hassan.

Pada akhirnya, program tersebut diharap akan dapat melibatkan kesemua penghuni Darul Islah Jamiyah dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Program Mentari akan dijalankan sebanyak empat kali tahun ini dan terbuka untuk semua penghuni Darul Islah.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan