Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program baru dilancar bagi jaga kebajikan pemandu Grab

Para pemandu Grab kini boleh menjalani sesi latihan dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2018 06:38PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 01:13AM

SINGAPURA: Para pemandu Grab kini boleh menjalani sesi latihan dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

Daya usaha itu bagi meningkatkan kesedaran terhadap tahap keselamatan pemandu syarikat kereta sewa privet berkenaan, sebagai sebahagian daripada Rancangan 'Safer Everyday Tech' yang dilancarkan hari ini (16 Okt).

Langkah lain termasuk aplikasi baru di telefon yang memberi peringatan kepada pemandu Grab supaya berehat apabila penat. Ini bagi memastikan para pemandu memupuk tabiat yang selamat apabila memandu di jalan raya.

Perancangan Perubahan Industri yang dilancarkan itu merupakan lanjutan daripada usaha di Asia Tenggara, di mana syarikat itu membuat pelaburan yang besar dalam aspek-aspek berkaitan keselamatan.

Daya usaha itu kelihatan berhasil dengan kadar kemalangan turun sebanyak 40 peratus sejak tahun lalu.

Sumber : CNA/UR/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan