Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Program baru ajar selok belok industri penjaja

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (20 Jan) melancarkan secara rasmi program berstruktur baru yang menyediakan ruang untuk para individu yang ingin menjadi penjaja mempelajari selok-belok industri tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2020 08:51PM Dikemas Kini : 21 Jan 2020 12:01AM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (20 Jan) melancarkan secara rasmi program berstruktur baru yang menyediakan ruang untuk para individu yang ingin menjadi penjaja mempelajari selok-belok industri tersebut.

Program baru tersebut adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang diumumkan di Seminar Penjaja tahun lepas bagi menggalak lebih ramai orang memasuki industri itu.

Dinamakan Program Perkembangan Penjaja, ia menyediakan latihan perantisan selama dua bulan bersama para penjaja berpengalaman, sekali gus membuka peluang untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Para peserta juga boleh menghadiri kursus lima hari yang merangkumi aspek kebersihan serta cara-cara menghasilkan perancangan perniagaan.

Terdapat segelintir daripada para penjaja yang berkata media sosial memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perniagaan mereka.

Di acara itu juga, Institut Masakan Asia Politeknik Nanyang dan Persekutuan Persatuan Peniaga memeterai perjanjian untuk mempromosikan program baru itu.

NEA menyatakan ia bertujuan melatih 100 penjaja baru dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pada Mac 2019, Singapura menyerahkan pencalonan bagi budaya penjajanya diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO.

Meskipun budaya penjaja adalah sebahagian penting warisan makanan Singapura, menarik penjaja baru untuk meneruskan perdagangan itu tidak mudah.

"Terdapat cabaran yang membuat orang teragak-agak - masa kerja panjang, kerja yang berat, risiko perniagaan. Jadi setakat minat, walaupun titik permulaan yang penting, tidak mencukupi," kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung yang hadir pada pelancaran program itu pada Isnin.

Lantas NEA berharap Program Perkembangan Penjaja yang baru itu akan dapat menangani sebahagian cabaran tersebut dan memudahkan lagi penjaja muda untuk menceburi bidang itu secara tetap. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan